Wednesday, July 8, 2009

'Pergaduhan' PAS,KeAdiLan dan DAP..Pakatan Rakyat makin kukuh.......

Kebelakangan ini kita sering lihat betapa tidak demokratiknya pihak kerajaan yang menggunakan media massa untuk kepentingan mereka. Lihat lah kat kaca televisyen, mereka menggunakan segala peluang yang ada untuk memburukkan Pakatan Rakyat. Bila lihat sahaja berita-berita utama kat tv, memang tajuk utamanya adalah mengenai 'pergaduhan' antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Hal yang kecil-kecil mereka besar-besarkan.

Para pemimpin Pakatan Rakyat sedar bahawa Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sedang melegakan mereka apabila berkata "PAS ikhlas mahukan kerajaan perpaduan". Tindakan ini dibuat kerana Najib tidak mendapat sokongan padu dalam BN sendiri. Bagi menjawabnya, PAS membuat syarat, Najib perlu berbincang dengan semua parti dalam Pakatan Rakyat (PKR, DAP, PAS) jika berminat dengan kerajaan perpaduan.

Itu mengenai isu kerajaa perpaduan. Terbaru, mengenai isu kemarahan DAP di Kedah dan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Lihat lah pada kaca televisyen, serangan demi serangan mereka buat. Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam berkata, bukan sahaja masalah DAP di Kedah dapat diselesaikan dengan baik bahkan masalah DAP dan Pakatan Rakyat seluruhnya dapat diselesaikan dengan baik. Ditambahnya lagi bahawa apa sahaja permasalahan berlaku dalam Pakatan Rakyat akan mengukuhkan lagi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Hal ini adalah kerana bila masalah dalaman Pakatan Rakyat berlaku, maka PAS, PKR dan DAP bertindak untuk sepakat menyelesaikan segala permasalahan itu bersama-sama. Inilah pakatan yang sememangnya tidak ada pada Umno dan BN. Tengok saja la pada isu 16 September,lompat parti dan sebagainya yang diideakan oleh Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, maka pimpinan PAS dan DAP sepakat untuk bekerjasama dalam menangani semua cetusan-cetusan yang bersifat kontroversi itu.

Mengenai kerajaan perpaduan pula yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, pelbagai polemik yang sering ditimbulkan sama ada dari bicara pimpinan parti kerajaan persekutuan dan pimpinan 'bakal' kerajaan persekutuan. Selepas melalui pelbagai kontroversi dan mehnah serta tribulasi, maka hasil perbincangan antara pimpinan Pakatan Rakyat menetapkan bahawa tiada lagi idea tersebut dan segala keputusan yang dibuat telah membuatkan pihak bakal 'mantan' kerajaan persekutuan gigit jari.

Oleh itu, pihak yang terlibat dalam usaha untuk memecahkan Pakatan Rakyat harus lah sedar bahawa apa yang tindakan yang mereka lakukan itu tidak akan membawa kepada keuntungan apa-apa tetapi akan mengukuhkan lagi parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Sekiranya masih ada idea-idea yang mungkin 'bernas' untuk menjatuhkan atau memecahbelahkan Pakatan Rakyat, sila lah untuk berbuat demikian kerana ia bukan sahaja membuatkan Pakatan Rakyat makin kukuh bahkan rakyat akan mual,jemu dan meluat dengan semua itu.

No comments:

Post a Comment